10 January 2015

#10 One Piece

Assalamualaikum W.B.T

Ada siapa-siapa minat cerita One Piece tak??? Tak tahu la ranking One Piece kat Malaysia ni. Hohohoho. Aku mula layan One Piece pada akhir tahun 2011. Baru lagi. Masa mula tengok tu dah episode berapa ratus tah. Hahahaha. Mimpi apa tiba-tiba tengok One Piece????? Padahal masa tu kan musim exam. Disebabkan terlalu bosan. Tak ada cerita baru nak tengok. Kawan-kawan ramai balik sebab study week. Siapa yang suruh tengok??? Hmmm.. Nama dalam IC dia Mohamad Farid Bin Abdullah. Prihatin terhadap kebosanan adik dia ni. Hahahaha

Setakat yang ada dengan aku ni, ahli One Piece Baru ada 9 ahli dan sorang lagi nakama juga cuma tak ikut dorang belayar. Apa ni????? Tak faham????? Belayar?????

Jom terjah sikit sinopsis One Piece ni.

One Piece ni berkisar tentang kehidupan sorang lelaki bernama Monkey D. Luffy *dalam banyak-banyak binatang, dia pilih MONKEY ~.~. Luffy bercita-cita jadi Pirate King dan ada keistimewaan boleh stretch badan dia lepas makan Devil Fruit masa dia kecil. Lepas tu dia cari la nakama dan tubuh satu geng pirate iaitu Straw Hat Pirates untuk cari One Piece. Macam-macam kejadian dorang lalui dan tiap ahli ada cerita tersendiri.

STRAW HAT PIRATES


Monkey D. Luffy

Dia ni kapten Straw Hat Pirates ni. Dia la watak utama dalam cerita ni. Walaupun tajuk cerita tak letak nama dia. Hehehehe. Masa kecil, dia termakan, termakan ni maksudnya tak sengaja makan, Devil Fruit iaitu paramecia-type Gum-Gum Fruit yang menyebabkan badan dia berkeupayaan untuk meregang macam getah. Tapi, kelemahannya ialah dia tak boleh berenang atau sentuh air masin dan dipanggil HAMMER. Hahahahaha. Style berlawan Luffy ni kadang-kadang lawak juga. Ni yang buat penonton tak rasa tegang bila tengok dia berlawan. Even dalam keadaan genting pun. Ada ja benda bodoh dia nak buat. Hahahaha. Dia juga belajar guna haki dan boleh guna semua haki. Paling Kuat, Conqueror Haki.
Masa kecil, Luffy pernah diselamatkan oleh Shanks. Lepas tu, Luffy berazam nak dapatkan One Piece. Shanks bagi Luffy topi jerami dia dan tu sebagai perjanjian dorang di mana satu hari nanti Luffy kena bagi balik topi tu kat Shanks bila dia dah capat cita-cita. Lepas 10 tahun kejadian tu, Luffy mula belayar dengan ahlinya ke Grand Line yang dikatakan tempat Gold D.Roger, former pirate king, tinggalkan semua harta dia.

Roronoa Zoro

Dia ni pengikut Luffy yang pertama.Sorang pemain pedang yang guna 3 pedang dan pedang ketiga dengan mulut. Untuk tepati janji dia dengan rakan sebaya yang juga saingan, Kuina, Zoro ambil keputusan untuk menjadi swordsman terbaik dengan mengalahkan Dracule Mihawk. Sebelum berjumpa dengan Luffy, Zoro bekerja sebagai  bounty hunter untuk menyara kehidupan. Zoro telah diselamatkan oleh Luffy daripada dihukum bunuh. Dia bersedia bersama Luffy dalam Straw Hat Pirates dengan syarat Luffy tidak menghalang cita-citanya.

Nami

Dikenali sebagai Cat Burglar Nami. Sorang navigator. Dia sangat tepat dalam mengesan dan menilai cuaca. Kelebihan lain, penyeluk saku. Hehehehe. Impian Nami adalah untuk melukis peta dunia yang lengkap. Senjata Nami ialah tongkat yang terbahagi kepada tiga bahagian. Usopp yang cipta benda yang boleh kawal cuaca dan dikenal Climate baton. Kehidupan Nami sejak kecil sangat susah. Kampung halamannya telah dijajah dan ditakhluk oleh Merman dan dia terpaksa membayar sejumlah wang untuk menebus kembali Cocoyashi Village. Tu yang dia jadi sangat mahir dalam bab-bab rompakan dan penyelukan saku.

Usopp

Dikenali sebagai King of Snipers Sniper King. Sorang penipu besar dan sangat mahir dalam mencipta alatan selain pandai melukis. Dia la yang dah lukis Straw Hat Pirates' s mark kat layar dan bendera. Usopp guna lastik ja sebagai senjata. Masa Usopp kecil, ayahnya, Yasopp, pergi belayar meninggalkan dia dan ibunya untuk menjadi pirate juga. Tak lama lepas tu, ibunya jatuh sakit. Usopp mula menipu dan mengatakan ayahnya telah balik dan akan membawa mereka pergi bersama. Akhirnya, ibu Usopp meninggal. Untuk menutupi kesedihan, Usopp terus bercakap bohong. Usopp ada watak lain iaitu Sogeking yang memakai topeng emas dan matel.

Sanji

Dikenali sebagai Black Leg Sanji dan sebagai tukang masak dalam Straw Hat Pirates. Dia tahu bagaimana rasa kebuluran dan tidak pernah menolak bila orang minat makanan. Sangat berjiwa romeo di mana dia tidak akan menyakiti wanita. Bercita-cita untuk mencari All Blue, laut yang menjadi lagenda, di mana terdapat semua jenis ikan yang terdapat di dunia. Sanji hanya menggunakan kaki untuk berlawan kerana dia beranggapan bahawa sebagai chef, tangan merupakan sesuatu yang berharga dan tidak akan mengambil risiko kecederaan anggota tersebut.

Tony Tony Chopper

Chopper ni tak tahu nak bahasakan dia manusia ka binatang. Hahahaha. Chopper ni seekor rusa kutub yang memperolehi sifat manusia lepas makan Devil Fruit, Human-Human Fruit. Dia dah cipta Rumble Ball yang membolehkan dia berubah kepada beberapa bentuk. Comelnya Chopper ni, bila dipuji, dia nampak sangat gembira tapi menyuruh orang yang memuji supaya berhenti kerana dia tak gembira pun. Hahahahahahaha

Nico Robin

Devil Child atau Nico Robin ni sorang ahli kaji purba dari Ohara sejak berumaur 8 tahun. Belajar mentafsir tulisan pda Poneglyph, sebuah batu purba. Robin telah memakan Devil Fruit Flower-Flower Fruit yang membolehkan anggota badan lain tumbuh pada anggota lain. Robin terlalu sayangkan benda purba sehingga sanggup mati untuk melindunginya. Sebelum menjadi ahli Straw Hate Pirates, Robin telah bekerjasama dengan beberapa pirate lain dan turut menjadi ahli kumpulan gelap Baroque Works sebagai naib presiden dengan nama Miss All Sunday.

Franky

Asalnya bernama Cutty Flame. Franky merupakan sorang perantis kepada Tom, iaitu sorang master shipwright bersama-sama Iceburg. Semasa Tom dibawa ke Enies Lobby atas kesalahan membina kapal Gold D.Roger, Franky cuba menghalang. Dia akhirnya mengalami beberapa kecederaan teruk dan untuk terus hidup, dia telah membina semula tubuhnya dengan menggunakan serpihan logam. Ini menjadikannya sorang cyborg dan menggunakan cola sebagai bahan bakar. KuiKuiKui. Dia telah membina Thousand Sunny, kapal kedua Straw Hat Pirates selepas Going Merry dan belayar bersama mereka.

Brook

Brook ni sorang ahli muzik dan dan makan Devil Fruit Revive-Revive Fruit di mana dia ada peluang untuk hidup kali kedua jika mati. Maksudnya, dihidupkan semula la. Selain daripada ahli muzik yang hebat, dia juga mahir bermain pedang. Brook boleh memukau orang dengan muziknya. Sebelum menjadi ahli Straw Hat Pirates, Brook adalah ahli kepada Rumbar Pirates dan mempunyai seekor ikan paus, Laboon, yang ditinggalkan di Reverse Mountain selepas dorang masuk ke Grand Line dan berjanji akan kembali semula. Lepas 50 tahun, Brook berasa adalah tanggungjawabnya untuk memenuhi janji mereka kepada Laboon dan itu yang menyebabkan dia menyertai Luffy setelah mendengar khabar bahawa Laboon masih memegang janji tersebut dan menunggu mereka.

Waaaaahhhhhh. Panjang berjela naip nye. Lengoh jari beta duk ketik-ketik keyboard. Ada fight dengan keyboard warrior hok wahi ngat ngutuk orang. Hahahahahahaha

Naaahhhh... Belanja gambar sikit. Hehehehe


Menaip sambil layan One Piece....
Berjuta kali dah ulang.....
~_~


Chowwwwww~~~~~~~~~~~~~